Kisah 1: Awak Nak, Awak Datang

30 Jun 2017

Hari tersebut, saya bekerja walaupun masing-masing masih diperantauan beraya bersama keluarga, mertua, di kampung halaman. Orang bujang di kota Metropolitan, setakat raya pertama, dah habis rumah saudara mara menyinggah. Raya kedua, aku dah macam mati kutu terbongkang di dapur rumah. Ala-ala cinderella, boleh juga sembang dengan tikus di dapur, labu bercakap. Kita ni?

Jumaat itu pun, saya masuk kerja bertabah cari tempat lunch sbb minggu pertama raya, celah mana je kedai makan yang buka. Waktu tengahari, satu panggilan masuk. Sebenarnya dari pagi nombor tersebut whatsapp bertanya itu dan ini.

"Saya prefer, encik jumpa saya dulu"
Aku sebenarnya bukanlah serik untuk berkenalan baru. Tapi, serik bila dah berkenalan thru telefon, beberapa bulan baru decide jumpa, lepastu lelaki nak tarik diri sbb aku tak meet requirementnya.
So, uols, silalah ketahui, suara yang sedap didengar, macam manja, bukanlah sejenis rupa ratu cantik dunia. Silalah tahu itu. Jangan letak anganan yang tinggi.

4 Julai 2017
Selayang Mall, Selangor

"Nanie datang?"
Aku macam takconfident nak berjumpanya.
Aku taknak menangis lagi. 
Aku taknak pergi menyelam laut dalam lagi.
Aku taknak panjat gunung Kinabalu lagi
Aku taknak tetiba aku main bunjee jumping di NewZeland pula.
Aku tarik nafas yang panjang. Walaupun dah sampai di petak parking, aku masih duduk dalam kereta setengah jam berperang dengan diri sendiri.
Nak.
Tapi, taknak kena reject lagi.
Memang perjudian. Memang kena redha. Apapun, aku memang serah pada Allah 100%, kerana DIA sebaik-baik perancang.
"Ya, kita jumpa di Dapur Penyet"

Aku duduk di kawasan terbuka luar. Tujuannya untuk melihat yang datang takkan lari. Kalau aku duduk di dalam, confirm orang boleh lari, kan?
"Nanie pakai baju warna apa?"
"Tudung hijau, blaus hitam, batik hijau"
Seketika, muncul seorang lelaki yang wajahnya bersih, terus memenuhi ruang hati aku. PENUH.
"Saya bawa durian. Dari Johor"

bersambung..


Comments

Popular Posts